Friday 27 December 2013

Teknik Membuat "Meringue"

1. Putih telur yang dipukul tidak naik

Di dalam kebanyakan website yang saya baca, pasti ada tips untuk menjadikan putih telur meringue menjadi. Antara tips yang boleh saya kongsikan dari pengalaman saya sendiri adalah dengan:
  • Keringkan telur yang sudah dibasuh
  • Keringkan mangkuk mixer dan bilah pemukul, tidak basah langsung
  • Memastikan tidak sedikit pun kuning telur tercampur dengan putih telur apabila telur dipecahkan 
  • Memastikan putih telur berbuih kembang hingga menjadi "soft peak" bila hanya putih telur dipukul
  • "Soft peak" adalah putih telur yang telah kembang itu tidak jatuh apabila mangkuk mixer diterbalikkan
  • Jangan kerap membalik-balikkan putih telur yang sudah kembang
  • Menggunakan gula castor, supaya cepat sikit masa memukulnya. Ada website yang menceritakan mereka menggunakan gula icing, tapi saya sendiri belum pernah mencuba
  • Apabila memasukkan gula, jangan masukkan secawan terus tetapi masukkan gula sudu demi sudu supaya gula tersebut bergaul rata dengan putih telur
  • Pukul putih telur dan gula castor sehingga menjadi "stiff peak"
  • "Stiff peak" adalah putih telur yang sudah bergaul sekata dengan gula castor


Resepi Membuat "Scones"



Bahan-bahan ( 9-10 biji )

  • *125g tepung roti
  • *125g tepung gandum
  • *1 sudu besar baking powder
  • *2 sudu besar gula halus
  • @1 biji telur
  • @50g plain yogurt
  • @50g susu segar
  • 50g butter

Cara-cara

  1. Potong dadu/ kecil2 butter. Kemudian simpan dalam peti sejuk
  2. Scone1
    Masukkan semua bahan @ ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang atau berbuih.
  3. Scone2
    Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam food processor. Mix sehingga sebati. Masukkan pula butter. Mix lagi sehingga jadi serbuk roti. - kalau takde food processor, bhn * bolehlah diayak kemudian ramas butter jadi spt serbuk roti.
  4. Scone3
    Masukkan no.3 ke dalam no.2. Kacau dengan spatula sehingga takde debu-debu tepung. Nak cepat boleh juga uli dengan tangan. Simpan doh dlm peti sejuk selama 10 minit
  5. Panaskan oven sehingga 200 degree
  6. Scone4
    Keluarkan doh dari peti sejuk.Taburkan sedikit tepung roti di atas papan canai. Canaikan jadi bentuk panjang. Tabur pula sedikit tepung roti ke atas doh. Lipat 2. Kemudian canai memanjang lagi. Ulang langkah ini sehingga 5 kali. dah ketebalannya lebih kurang 1.5~2cm.
  7. Scone5
    Terapkan dengan bentuk bulat atau apa saja yang anda suka. Boleh juga dipotong mengikut bentok yg disukai.
  8. Scone6
    Sapukan dengan susu segar dipermukaan scone. Bakar selama 15 minit.

Jenis-Jenis Produk yang kami hasilkan

Hai! Assalamualaikum ,

Hari ini saya nak menceritakan serba sedikit berkenaan produk-produk yang kami hasilkan. Sweet Bakery menghasilkan "bake-daily" produk yang seperti berikut ; Kek ,Pastri produk & roti ,Icing Sugar Kek ,Pipping Cream ,Cupcake dan sebagainya. Setiap hari kami akan menyediakan pembuatan baharu dari dapur kami. Kami mementing kualiti pada produk yang kami hasilkan daripada jumlah pembuatan harian kami. Pembuatan daripada bakers yang terlatih. Sweet Bakery mementingkan kepuasan pada pelanggan kami. Terima Kasih.

Sebarang pertanyaan lanjut :

hp05-8070034
e-mail : sweetbakery.enterprise@gmail.com

Churros ,Scones ,Fruit Tarlets

Daughnuts , Icing Pastri

Cake. Pelbagai Jenis
Icing Sugar Cake

Cupcakes








Selamat Datang ke Sweet Bakery Enterprise

Syarikat kami menyediakan produk daripada bakeri ,kek ,pastri dan kami juga mempunyai Pusat Latihan bakery & Pastry. Sweet Bakery telah beroperasi selama 10 tahun iaitu pada tahun 2003 dan manakala Pusat Latihan Bakey & Pastry bermula sejak 2 tahun yang lalu. Pusat Latihan kami dipersijilkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kami bertempat di alamat No.50 , Jalan Medan Saujana 8 ,Taman Medan Saujana 34600 Taiping ,Perak. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dihubungi di no/ faks kami di :

hp : 05-8070034
e-mail : sweetbakery.enterprise@gmail.com

Operasi syarikat kami  beroperasi dari jam 10.00 pagi - 10.00 malam